Powered By Blogger

Wednesday, November 14, 2012

Abad 21

Wiki Kata :

 "Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1.

Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya.

Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi."


Pada dasarnya minda dan pengetahuan manusia juga harus berubah ke arah yang lebih positif dan lebih kepada manusia yang berakhlak dan beradap tinggi...Memahami sedalamnya adap manusia dengan MAHA PENCIPTA, adap dengan kitab, adap dengan guru, dan adap sesama manusia.Tapi dari pandangan mata kasarnya keadaan ini telah jauh berbeza, manusia lebih ketinggalan kalau di tengok pada tahap adapnya dari datuk nenek kita dahulu...Terlahir banyak golongan yang tidak beradap dan berakhlak..Tiada hormat-menghormati, tiada kasih sayang, tiada keikhlasan, yang tinggal hanya kebanyakkan manusia yang merasakan diri mereka lebih baik pada orang lain dan lebih mulia pada orang lain serta menipu diri sendiri. Manusia yang maju dari segi ekonomi dan teknologi tapi mundur dalam akhlak,Di mana silap kita? perlu kita lakukan sesuatu untuk tamadun manusia..Kembali ke Jalan Yang Benar, Jalan Pulang. jangan terus menyesatkan diri dan keluarga, tolehla ke belakang. Untuk peringatan diri saya sendiri.

Monday, June 20, 2011

BATUK

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru. (ini wiki yang kata)


Apa pun maksudnya yang pasti ia amat memeritkan...Pagi ini di office sudah jadi seperti satu alunan irama apabila masing-masing batuk beterusan..Aku yang paling teruk sekali macam nak terkaluar anak tekak,perit..Ubat? jangan cerita la dah macam-macam di telan tak baik-baik jugak..Fenomena ini dah belarutan hampir seminggu..Macam wabak pulak bila hampir satu office yang kena..Kalau ikut kata wiki macam kat atas tu maksud batuk...Tapi apa puncanya?

PUNCA BATUK

Aku tengok lam internet punca batuk ni sama ja...Yang banyak berpunca dari pencemaran, seperti asap dan habuk..Yang kedua merokok pun punca batuk...Tapi masalahnya kenapa masa-masa tertentu ja kita batuk...Sedangkan pencemaran dan rokok tu sepanjang masa ada...Ini yang aku geram..sebab batuk aku ni x ilang-ilang..


PEMAKANAN

Makan minum semua pantang..Ais dah seminggu tak minum..pedas dah seminggu x makan seksa hidup kalau minum air tak sejuk makan tak pedas.Aku rasa yang penting beringat sebelum kena..Contohnya kurangkan merokok dan menghirup udara kotor, kalau rasa cam nak batuk terus amik ubat kat klinik atau farmasi..kalau dah dibiarkan teruk jangan harap ubat batuk tu nak bekesan..Banyak minum air masak..Ini yang aku tengah buat sebab nak bagi ilang batuk...

PETUA

Tapi baru ni ada member bagi petua letak gula-gula hacks yang hitam tu lam air botol mineral(kecik)..pastu minum la air tu insyaalah ilang batuk.Letak la dalam 10 biji tunggu sampai cair dalam air tu..Aku try kurang la ckit la batuk tu..Apa pun ini adalah ujian dan kita sebagai hamba harus redo..Kita diberikan kesihatan berminggu,berbulan malahan bertahun.Baru sakit seminggu tak kan nak mengeloh kot..masa sihat tak inggat nak syukur pun..Renung-renung kan la..

Friday, June 17, 2011

Netbook

Baru ni aku dengar dah pun dilaksanakan pemberian netbook untuk fasa2...walaupun fasa1 masih belum selesai sepenuhnya....Tp amat memeranjatkan apabila fasa2 tiada sebarang syarat langanan internet, netbook diberi begitu saja...walaupun pada borang penerimaan memerlukan penerima membuat pemilihan antara dua pakej..Sama ada hotspot(TM) atau mana-mana pembekal len. cth(maxis/celcom/digi). Bila aku tanya aku diberitahu kebanyakan netbook diberi begitu saja..


Aku mula terfikir mesti ada kesilapan di bahagian pengurusan..Fasa1 pemberian Netbook diuruskan oleh PJK dan dipantau bersama SKMM.Mereka wajib mengambil salah satu dari dua pakej itu untuk mendapatkan netbook.Dimana pekej tersebut memerlukan kontrak hingga setahun.Tetapi lain pulak jadinya di fasa2..netbook diberi begitu sahaja tanpa apa2 syarat dan diuruskan sepenuhnya oleh Sekolah dengan pemantauan SKMM..


Mula kawan-kawan skema aku bertanya cam na nak capai objektif jalur lebar negara..tiada la peningkatan penggunaan internet..Atau ada perancangan lain..Walauapapun perancanganya, hal ini dah dikira tidak adil..penerima fasa satu perlu sains kontrak dahulu tp tidak di fasa2..


KEROSAKAN

Dari bualan kawan-kawan banyak yang rosak yang perlu dihantar semula ke pembekal...Tp dengar kata pembekal suruh tunggu ja kat sekolah nanti mereka yang akan datang ke sekolah-sekolah yang terlibat tukar yang rosak dengan yang baru..macam-macam cerita netbook ni..Apa pun pantau la adik-adik dan anak-anak kita...Jangan kita yang merosakan mereka. Panduan dan pendidikan penggunaan internet perlu diberikan agar tidak ada yang terpesong.

Tuesday, May 31, 2011

Belajar IT Percuma



Sekarang ni dah banyak tempat ajar it percuma...Tidak perlu bayar apa-apa, free semua termasuk modul-modul yang disediakan pun percuma..Terpulang pada komuniti ja minat atau tidak...Tempat-tempat cam ni diuruskan oleh syarikat-syarikat komunikasi yang mengambil tender seperti TM, Maxis, Digi, Celcom dan P1..

Untuk yang terbaru sekarang PJK..atau Pusat Jalurlebar Komunit...bermula dengan fasa rintis sekarang dah ke fasa 3..Cuba layari www.pjk.com.my untuk melihat keseluruhan negeri dan kawasan yang terlibat untuk yang dibawah TM.Bukan sahaja belajar percuma perkhidmatan lain juga jauh lebih murah..Contohnya untuk penggunaan internet hanya RM1 untuk sejam dan begitu juga urusan-urusan lain photostat,scan,print.binding dan....

Setiap PJK ini ditempatkan dua org petugas yang mempunyai kelulusan ijazah dan diploma dan berpengalaman dalam dunia it..lokasi PJK kebanyakanya di kws kg-kg dimana PJK menjadi bagunan yang termaju di kws kg tersebut...PJK dilengkapi dengan Cctv, sistem alarm dan bilik tetutup berhawa dingin yang selesa.

Konsep PJK ni lebih kurang sama dengan Projek-projek dahulu seperti PPIK,PID,PJL.
Tapi sayang x ramai mengunakanya untuk belajar...ramai yang datang hanya untuk melayan fb atau youtube...sedangkan kalau diluar mereka perlu bayar mahal untuk belajar.

Sunday, May 29, 2011

Kg Wifi

Projek kg wifi adalah sambungan dari projek pemberian netbook..Pelajar dah dapat netbook x de pulak tempat nak online...maka projek kg wifi penyelesaiannya...
sempat jugak aku ikut projek ni...ada la dalam sebulan...Projek ni masih run x siap sepenuhnya lagi...

Semasa aku ikut projek kg wifi ni benda2 yang aku jumpa...


Ni nama dia srx...ni la yang nak guna untuk control line tu....contohnya speed, web apa yg kg tu org suka tengok n macam2 lagi lah...nak configure benda ni leh tahan la. Kena Pakai Junos..
masa aku ikut x banyak la nak configure ada lah lebih kurang 1000 lebih..ha..ha..seluruh semenajung, sabah n serawak.
Ni antara contoh AP yang dia org pakai lam projek wifi tu..ni dia punya jenama ruckus..outdoor punya AP dia pasang kat tiang dalam 12m tinggi, 40 kaki la senang cerita...

Ni yang bulat ni AP gak ni brand Trapeze...yang ni dia len ckit dia x control semua kat cni...dia ada benda len yang di panggil WLC cam kat bawah tu...yang tu yg kena configure sebelum buat pairing ngan yang bulat ni.

Bila dah pasang kat tiang 12 meter tu....line dah ok maka komunit yang duduk dalam lingkungan AP ni di pasang dapat la menikmati internet wifi percuma.....Semoga ia digunakan sebaik mungkin oleh komuniti...


ShoutMix chat widget
Perjalanan KUALA LUMPUR
ALOR SETAR
PERAK
KEDAH
No Seat
Name:
Email Address:
No Tel

Get your own free form like this one.